Wednesday, March 5, 2014

Jalan Yang Perlu Ditempuh

Kelemahan dan ketidakupayaan diri dalam menyelesaikan masalah-masalah yang menghimpit hidup tidak seharusnya menjadi sebab untuk meranapkan tangga-tangga harapan bagi mengecap masa depan yang lebih cerah. Lemah tidak menandakan kita perlu putus asa walaupun berasa diri sudah kehilangan makna bagi meneruskan hidup anugerah Allah ini. Sekiranya persepsi begitu diprogramkan dalam benak, senang sekali cara penyelesaiannya. Tiadalah wujud istilah ‘berjuang’ dan ‘jihad’ dalam kamus kehidupan seseorang muslim. Seandainya seseorang itu mempunyai kematangan dalam bereaksi dengan kesulitan hidup ini, ‘lemah’ akan diberikan kesimpulan agar ‘perlu usaha lebih gigih’ dan bukan pula akan ditafsir sebagai ‘gagal’, bahkan seharusnya ditafsir sebagai ‘belum berjaya’. Jika kita perhatikan betul-betul, bukankah istilah ‘gagal’ dan ‘belum berjaya’ terdapat perbezaan maksud yang ketara? Kata hukama’, “Kegagalan sebenar bukan ketika kau jatuh dan tewas dalam suatu usaha , tetapi ketika kau sudah berputus asa untuk bangkit kembali.” Seringkali emosi kesedihan melupakan kita terhadap firman Allah ini, “Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.” Meletakkan daya keterbasan dalam usaha dan kegigihan merupakan satu tindakan yang menyebabkan kita melihat ketidakupayaan diri itu sebagai suatu kelemahan hakiki walhal tidak. Meskipun kita tidak menafikan antara bentuk kelemahan manusia adalah mempunyai had dan batas daya upaya, tetapi adakah kita tahu dimana had dan batas itu? Ternyata tidak. Kegagalan dan kelemahan dalam perkara-perkara yang seolah-olah sulit untuk diselesaikan tidak menandakan kita sudah sampai kepada had kita, sebaliknya memberitahu kita dimana kesilapan yang perlu diperbaiki dan diberi tambah baik untuk melepasi had sebelumnya. Daripada situ kita akan melihat “Kesempurnaan manusia berselindung disebalik ketidaksempurnaannya.” Kerana kesedaran terhadap sifat tidak sempurna inilah mendorong kita untuk sentiasa menuju sempurna. Cuba kita mengkaji latar kehidupan orang-orang yang berjaya, mereka lebih banyak menghadapi kegagalan berbanding orang-orang yang gagal! Ini bukan sesuatu yang ironi, ini sesuatu yang masuk akal dan rasional. Hal ini kerana mereka telah mengumpulkan tenaga dan kekuatan melalui pengalaman yang banyak dan mengkaji serta belajar cara untuk mengatasi titik-titik kelemahan tersebut dengan teliti bagi terus mencari jalan untuk sampai ke puncak. Hal ini tidak lain dan tidak bukan memerlukan azam dan semangat tanpa padam agar langkah-langkah menuju puncak itu sentiasa konsisten. Fikirkan pengajaran ini baik-baik. Kegagalan adalah berpunca daripada kelemahan diri dalam mengendalikan sesuatu perkara, walaupunbegitu kegagalan juga merupakan platform untuk kita mengatasi kelemahan diri tersebut. Kita tidak akan jumpa seseorang yang mencapai hidup senang tanpa pernah melalui sebarang kesulitan dan kegagalan. Bahkan kegagalanlah yang mengajar mereka erti berdikari dan matang. Jika kita menyelak kembali satu per satu lembaran sejarah sekalipun, manusia-manusia genius yang pernah dan masih wujud di atas muka bumi ini tidak semua yang mengecap hidup senang dengan cara yang senang. Sebaliknya ada hidup mereka lebih sulit untuk mencapai kesenangan. Seorang gadis yang dahulu terkenal kerna geniusnya dia, bila dihantar belajar ke luar negara menjadi pelacur. Seorang pemuda yang sangat genius dalam matematik waktu kecilnya, apabila dijejaki kembali kini hanya bekerja sebagai penebar roti canai. Genius tidak memberi kelebihan pun seandainya diri tidak bijak untuk bersikap reflektif secara kreatif dan kritis terhadap masalah dunia yang semakin mencabar. Tiada apa yang mampu menjadikan kita istimewa melainkan usaha dan kegigihan. Allah itu adil. Semua manusia adalah sama. “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi kaum itu tidak berbuat usaha untuk mengubah diri mereka sendiri” Ar-Ra’ad 13 : 11 “Bulat tidak datang bergolek, pipih tidak datang melayang”, pepatah ini jelas mengatakan bahawa beginilah lumrah dunia yang harus ditempuh. Segalanya bergantung pada pilihan diri dan usaha kita sendiri. Tiada rezeki dan kejayaan yang datang secara tiba-tiba. Usaha pula perlu kepada keazaman dan tekad yang kuat. Paling penting keyakinan dan kepercayaan kita kepada rahmat Allah yang sentiasa menaungi! Allahlah yang beri senang dan susah. Justeru usaha yang gigih harus tidak mengetepikan doa dan tawakal kepada Allah. Kejayaan juga bukan akan kekal, pasti ia akan silih berganti dengan kegagalan. Dan akhir sekali, kita pilih hendak ke Syurga atau Neraka berdasarkan apa yang telah kita usahakan. Kita yang melukis takdir akhir kita. Tidaklah Allah menghidangkan semua ini untuk main-main namun Dia ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya ini yang betul-betul ikhlas mengabdikan diri kepadaNya. Sekiranya Allah ingin menjadikan seluruh manusia ini hidup selesa tanpa kesusahan, memperoleh iman tanpa kepayahan dan mujahadah, hal itu tidaklah susah bagi Allah. Cuma nanti tiadalah beza manusia dan malaikat. Sedangkan usaha, kegigihan dan mujahadah inilah yang membuatkan kita lebih mulia daripada malaikat kerana kita mencari iman melalui ilmu dan ketekunan diri dengan niat yang benar. Ya. Hanya niat yang benar (kerana Allah) sahaja akan membuatkan manusia tidak putus asa bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Kerna pekerjaan dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, bukan demi kepuasan diri yang sebenarnya cintakan dunia. Wallahu Ta’ala Alam~

Sunday, October 30, 2011

8 Perkara Yang Tidak Diketahui Tentang Wedding Photographer.

Semakin hari semakin ramai photographer yang muncul. Semakin hari semakin ramai orang-orang di luar sana yang membeli DSLR. Bukan setakat hobi semata-mata, malah ada juga yang berani terus menceburkan diri pada wedding photographer.
Banyak susur galur yang harus di pelajari dan di tempui untuk menjadi photographer. Mungkin ramai yang mengatakan, tak susah jadi jadi photographer ni. Beli DSLR, yakinkan pelanggan dengan semua pakej yang ada dan terus sahaja shoot di Majlis Perkahwinan. Memang betul, kalau macam tu semua orang boleh jadi photographer. Tetapi sejauh mana mereka boleh bertahan? Ini yang selalu menjadi persoalan.
Ok, mungkin ramai yang tidak tahu mengapa aku mengatakan kerja sebagai wedding photographer bukan sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu di ambil kira untuk memuaskan hati pelanggan dengan hasil gambar yang di hasilkan. Bukan setakat, ambil gambar, hantar ke kedai untuk cuci dan berikan pelanggan. Sebenarnya bukan setakat itu sahaja, banyak lagi perkara yang anda tidak tahu mengenai seorang photographer.
Aku senaraikan 8 perkara yang tidak di ketahui oleh semua orang mengenai seorang photographer. Terutamanya wedding photographer.
1) Seorang photographer yang komited, mereka akan melaburkan berpuluh ribu ringgit untuk semua peralatan (equipment) fotografi. Kerana apa? Kerana mereka mahu memberikan hasil yang berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka.

2) Mereka tiada masa bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. Ini sememangnya lumrah. Aku pasti semua isteri-isteri atau suami-suami seorang photographer dah faham sangat akan hal ini.  Inilah masa yang harus di korbankan semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan.

3) Setiap wedding photographer akan bertanggungjawab ke atas semua majlis perkahwinan. Satu tugas yang berat yang harus mereka pikul untuk merakamkan setiap peristiwa yang menarik di majlis perkahwinan. Mereka akan berkampung di rumah pengantin dari bermulnya majlis akad nikah sampailah selesai majlis. Yang pasti mereka akan berjauhan dengan keluarga.

4) Setiap peristiwa yang berlaku amat penting bagi seorang photographer. Sebab itu mereka sanggup berpanas di tengahari semata-mata untuk merakamkan detik-detik indah sewaktu perarakan. Ini semua kerana apa? Kerana mahu menghasilkan gambar atau photo yang berkualiti.

5) Setiap pasangan pengantin sudah pastinya mempunyai aturcara yang berbeza. Walau macam manapun aturcara majlis, photographer tetap tabah menunggu. Baik awal pagi, tengahari, lewat petang ataupun lewat malam. Lewat malam kebiasaanya jika pengantin ada mengambil persalinan. Kadang kala, photographer terpaksa menunggu sehingga pukul 1-2 pagi untuk menyelesaikan sesi fotografi. Ini memang lumrah.

6) Setiap photographer akan memerah otak setiap kali shoot di majlis perkahwinan. Memerah otak bukan setakat untuk posingkan pengantin, tetapi memerah otak untuk mencari angle yang terbaik. Ini yang orang ramai tidak perasan. Daya imaginasi dan kereativiti yang tinggi amat di perlukan pada setiap photographer. Walau dalam apa juga situasi mereka akan sentiasa berfikir, bagaimana untuk menghasilkan photo atau potret yang terbaik.

7) Setiap persekitaran majlis perkahwinan memang berbeza. Ada yang dalam rumah, ada yang luar rumah, ada juga di tepi tasik. Tetapi tahukah anda, setiap persekitaran ini mempunyai cahaya yang berbeza? Inilah yang di titik beratkan oleh photographer. Mereka akan memastikan setiap photo atau gambar yang di hasilkan mempunyai kualiti cahaya yang cukup. Inilah peperangan yang harus di tempuh oleh setiap photographer. Sebab itu, bila sahaja melihat gambar yang dihasilkan terang dan sedap mata memandang. Dan hasil sebegini tidak boleh di hasilkan tanpa skill yang cukup seperti wedding photographer yang ada di luar saja. Dan agak sukar untuk di hasilkan dengan kamera kompak yang biasa.
8) Tugas photographer bukan sahaja akan tamat setelah majlis selesai, tetapi ada lagi tindakan susulan yang harus di langsaikan. Apa tu ya? Tugas memilih dan mengedit photo. Inilah perkara yang amat kritikal untuk photographer. Tugas edditing haruslah di lakukan dengan teliti. Bukan setakat tenaga tetapi masa juga harus di korbankan. Lebih kritikal lagi untuk photographer sambilan. Tetapi dek kerana untuk menghasilkan yang terbaik, mereka sanggup korban segalanya semata-mata memenuhi tanggungjawab dan kehendak pelanggan.
Inilah 8 perkara yang tidak di ketahui tentang seorang wedding photographer. Banyak perkara yang perlu di halusi untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Sebab itulah bila di lihat pakej fotografi untuk majlis perkahwinan boleh mencecah sehingga beribu ringgit. Bukan photographer suka-suka meletakkan harga, tetapi ia adalah bayaran yang setimpal yang di kenakan kepada pelanggan. Semua hal perlu di ambil kira.
Bermula dari keringat yang di curahkan, tanggungjawab, skill, kualiti, duit minyak kereta, penginapan, kualiti album, pengorbanan masa dan ketabahan mereka menunggu sehingga majlis selesai.  Ini semua sudah termasuk dalam pakej. Jadi untuk pelanggan yang ingin mencari harga pakej fotografi, sila baca entri ini sampai ke penghujungnya. Mungkin anda akan dapat jawapan tentang pakej fotografi di Malaysia.  Nilaikan dengan apa yang di hasilkan. Tepuk dada tanyalah selera anda. Fikir-fikirkan lah.

P/S:  Sekarang lebih ramai orang memakai DSLR. Ramai juga nak jadi Photographer, tapi…..




Friday, September 16, 2011

ROKOK ITU HARAM

No Smoking, Tidak Merokok Karana Allah
Rokok memang sesuatu yang tidak ditemukan di zaman Nabi, akan tetapi agama
Islam telah menurunkan nash-nash yang universal, semua hal yang membahayakan
diri, mencelakakan orang lain dan menghambur-hamburkan harta adalah hal yang
haram.
Berikut ini dalil-dalil yang menunjukkan keharaman rokok
1.Firman Allah: “Nabi tersebut menghalalkan untuk mereka semua hal yang baik
dan mengharamkan untuk mereka semua hal yang jelek.” (QS. Al A’raf: 157)
Bukankah rokok termasuk barang yang jelek, berbahaya dan berbau tidak enak?
2.Firman Allah: “Janganlah kalian campakkan diri kalian dalam kehancuran”
(QS. Al Baqarah: 195)
Padahal rokok bisa menyebabkan orang terkena berbagai penyakit berbahaya
seperti kanker dan TBC.
3.Firman Allah: “Dan janganlah kalian melakukan perbuatan bunuh diri” (QS.
An Nisa: 29)
Padahal merokok merupakan usaha untuk membunuh diri secara pelan-pelan.
4.Ketika menjelaskan tentang khamr dan judi, Allah berfirman: “Dan dosa
keduanya (khamr dan judi) lebih besar daripada manfaat dua hal tersebut.”
(QS. Al Baqarah: 219)
Demikian pula dengan rokok, bahaya yang ditimbulkannya lebih besar daripada
manfaatnya, bahkan rokok sedikitpun tidak mengandung manfaat.
5.Firman Allah: “Dan janganlah engkau bersikap boros, sesungguhnya orang
yang suka memboroskan hartanya merupakan saudara-saudara setan.” (QS. Al
Isra:26-27)
Telah jelas bahwa merokok merupakan perbuatan perbuatan boros dan
menghambur-hamburkan harta benda.
6.Allah berfirman tentang makanan penduduk neraka: “Tidak ada makanan mereka
kecuali dari pohon yang berduri. Makanan tersebut tidak menyebabkan gemuk
dan tidak pula bisa menghilangkan rasa lapar.” (QS. Al Ghasiyah:6-7)
Demikian pula dengan rokok, tidak membuat gemuk dan menghilangkan rasa
lapar, sehingga rokok itu menyerupai makanan penduduk neraka.
7.Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Tidak boleh membahayakan diri
sendiri maupun orang lain.” (HR. Ahmad, shahih)
Padahal rokok itu dapat membahayakan diri sendiri ataupun orang lain serta
menyia-nyiakan harta.
8.Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya Allah itu
membenci tiga perkara untuk kalian, (yakni) berita yang tidak jelas,
menghambur-hamburkan harta dan banyak bertanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Padahal merokok termasuk membuang harta.
9.Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: ”Setiap (dosa) umatku
dimaafkan (akan diampunkan) kecuali orang yang terang-terangan berbuat
dosa.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Artinya setiap umat Islam itu akan memperoleh pengampunan kecuali orang yang
berbuat dosa dengan terang-terangan, sebagaimana para perokok yang merokok
tanpa rasa malu-malu, bahkan mengajak orang lain untuk berbuat kemungkaran
seperti mereka.
10.Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Barangsiapa beriman kepada
Allah dan Hari Akhir maka janganlah ia mengganggu tetangganya.” (HR.
Bukhari)
Bau tidak sedap karena merokok sangat mengganggu istri, anak dan tetangga
terutama malaikat dan orang-orang yang shalat di masjid.
11.Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Tidaklah dua telapak kaki
seorang hamba bias bergeser pada hari kiamat sebelum ditanya mengenai empat
perkara, (yakni) tentang kemana ia habiskan umurnya; untuk apa ia gunakan
ilmunya; dari mana ia memperoleh harta dan kemana ia belanjakan; untuk apa
ia pergunakan tubuhnya.” (HR. Tirmidzi, dishahihkan oleh Al Albani dalam
kitab Shahih Al Jami dan Kitab Silsilah Shahihan)
Padahal seorang perokok membelanjakan hartanya untuk membeli rokok yang
haram. Benda yang sangat berbahaya bagi tubuh dan mengganggu orang lain yang
berada di dekatnya.
12.Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Barang yang dalam jumlah
besarnya dapat memabukkan, maka statusnya tetap haram meski dalam jumlah
sedikit.” (HR. Ahmad dan lain-lain, shahih)
Padahal asap rokok dalam jumlah banyak dapat memabukkan, terutama untuk
orang yang tidak terbiasa merokok; atau pada saat perokok menghisap asap
dalam jumlah yang banyak maka orang tersebut akan sedikit mabuk. Hal ini
telah ditegaskan oleh seorang dokter dari Jerman dan seorang perokok yang
pernah mencoba, sebagaimana penjelasan di atas.
13.Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Barangsiapa makan bawang
merah atau bawang putih maka hendaklah menjauhi kami, masjid kami dan
hendaklah ia berdiam saja di rumahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sebagian orang tidak bisa menerima pengharaman rokok meski dalil-dalil yang
menunjukkan keharaman rokok itu banyak sekali sebagaimana di atas. Khusus
bagi perokok yang masih suka berkilah tersebut, maka kami katakan, “Jika
rokok tidak haram mengapa mereka tidak merokok di masjid atau tempat suci
yang lain. Namun kalian malah memilih merokok di tempat pemandian umum,
tempat-tempat hiburan dan tempat-tempat yang terlarang?”
Sebagian orang ada yang beralasan bahwa merokok itu makruh saja. Sebagai
jawaban kami katakan, “Jika hukumnya makruh lalu mengapa kalian hisap.
Bukankah makruh itu lebih dekat kepada haram daripada ke halal!
Perhatikanlah hadits Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam berikut ini:
“Sungguh hal yang halal itu jelas dan haram pun juga sudah jelas. Namun di
antara keduanya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas. Kebanyakan orang
tidak mengetahui perkara-perkara tersebut. Barangsiapa berhati-hati terhadap
hal yang tidak jelas statusnya, maka sungguh ia telah menjaga agama dan
kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara yang tidak jelas,
sungguh ia telah terjerumus dalam perkara yang haram. Seperti seorang
penggembala yang menggembalakan ternaknya di dekat daerah larangan, ia akan
segera menggembala di daerah larangan tersebut.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Karya dari : Syaikh Muhammad Jamil Zainu
NO SMOKING-Tidak Merokok Karana Allah, Media Hidayah, hlm47-54

Thursday, September 1, 2011

Intro


Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger